ayah pernah ceritakan kepadaku... orang yang pertama mengazankan aku ketika aku baru lahir ialah tokwan... aku tanya kenapa bukan ayah je yang azankan... ayah jawab, sebab tokwan sayang sangat-sangat, walaupun time tu belum lahir...
ketika aku kecil.. aku banyak meluangkan masa bersama tokwan.. ketika itu, aku sekeluarga menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang...
ketika itu aku masih berumur 3 atau 4 tahun... ingatan ku agak kabur tapi tidak akan ku lupa setiap saat yang aku ingat bersama tokwan... tiap pagi ketika mama dan ayah ku ingin ke kerja, mereka pasti menghantarku ke rumah tokwan... dan sudah pastinya tokwan tersenyum ceria di muka pintu, menantikan kedatangan ku, sambil sarapan sudah pun disiapkan oleh tok... kami menjamu sarapan di ruangan hadapan rumah, dan ya seperti biasa, tokwan pasti akan menghirup milo panas kegemarannya sambil menyapu roti jem strawberi...
tokwan selalu membawaku bersiar-siar... kadang-kala kami ke taman burung... ada pula masa kami ke perpustakaan... ketika itu tokwan masih lagi sihat dan tiada sakit-sakit kaki... tokwan ketika itu gigih drive kereta mazda classic putih nya itu, yang digelarkan sebagai kereta PY, dinamakan semperna nombor plat kereta tersebut... walaupun keadaan kereta yang panas dan tiada aircond, namun aku masih seronok untuk bersiar-siar dengan beliau...
tokwan selalu memberi hadiah kepada ku... aku ingat lagi beliau pernah menghadiahkan sebuah beg Power Rangers berwarna hitam ketika aku baru ingin mendaftarkan diri ke tadika.... dan aku melompat keriangan menerima beg tersebut... senyuman tokwan jelas terukir lebarnya...
ketika aku umur 6 tahun, kami sekeluarga berpindah ke Tanjung Malim, Perak, kerana ayah dan mama mendapat offer untuk sambung belajar di UPSI... masih segar dalam ingatanku yang aku pernah menangis teresak-esak kerana tidak mahu berpisah daripada tokwan... aku meraung dan pegang tokwan dan tok seerat-eratnya... mereka pun sedih untuk meninggalkan ku namun apa kan daya... setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
makin lama, makin jarang masa yang aku luangkan bersama tokwan dan tok ku yang berada di kampung... tetapi kami tidak pernah tinggal untuk meraikan raya bersama-sama setiap tahun... tokwan selalu memberikan aku duit raya lebih daripada cucu-cucu nya yang lain... mungkin sebab aku cucu nya yang sulung... hihi
ada suatu ketika dulu, semasa aku form 2 mungkin... tokwan datang melawat ke rumah aku di Ipoh... susunan buku sekolah ku berselerak dan tidak teratur... aku hanya membiarkan buku-buku tersebut pada lantai... tokwan menyedari perkara ini, oleh itu secara senyap-senyap semasa aku ke sekolah, dia menghadiahkan aku sebuah rak buku supaya buku-buku tersebut dapat disusun dengan baik... tokwan siap menyusunkan buku-buku tersebut untuk aku... namun aku silap... aku tidak menghargainya.. hari tu aku bad mood... aku pulang ke rumah dan melihat susunan buku ku dikacau oleh orang... aku marah dan menyusun semula, tanpa mengendahkan tokwan dan tok... aku dapat rasakan mereka kecil hati terhadap ku ketika itu... maafkan diri ku yang tersilap ini tokwan...
semakin lama aku menjalani kisah pendewasaan ini, semakin jauh diriku untuk bersama dengan tokwan dan tok... aku semakin jarang untuk contact mereka dan bertanya khabar... bukan aku tidak ingat mereka, cuma aku sibuk dengan hal duniawi ku ini... maafkan aku kerana jarang menjenguk dan bertanya khabar...
kek tokwan semperna hari jadi terakhirnya.. maaf sangat tokwan sebab e tak dapat balik...
hari-hari akhir tokwan banyak diluangkan di hospital Metro, Sungai Petani, Kedah... beliau dimasukkan ke hospital berikutan jatuh di bilik air, dan pengsan... namun aku sempat untuk berjumpa dengan nya sekali sahaja ketika beliau di hospital... beliau kelihatan tenat, tapi masih boleh bersembang dan ceria seperti biasa...
Jumaat 2 Mei 2014 bersamaan 2 Rejab 1435 H... kira-kira pada pukul 12 tengah hari, ketika itu aku dan ayah sedang bersiap-siap untuk solat jumaat... kemudian ayah mendapat panggilan daripada tok, bahawa tiba-tiba tokwan dalam keadaan tidak sedar semasa menjalani rawatan dialysis.. hatiku berdebar kencang dan mengatakan adakah sudah sampai masa... tidak lama kemudian tok menghubungi ayah semula, memberitahu bahawa tokwan sudah pun meninggal dunia...
ayah kelihatan pucat dan sebak sikit mungkin... ye lah siapa tidak terasa jika kehilangan orang yang disayangi... petang itu, kami sekeluarga bergegas pulang ke Kepala Batas...
dada aku sebak melihat tokwan, baring tidak bernyawa, aku tidak berhenti beristighfar, sedekahkan al fatihah dan bacaan yaasin... tokwan baik orangnya... banyak jasa beliau untuk keluarga, agama dan masyarakat... tokwan dulu juga seorang guru yang disegani ramai dan amat dikenali dengan sifat mesra nya... tokwan juga tidak jemu membaca al-quran... insyaallah beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...
setelah selesai dimandikan dan dikafankan... aku berpeluang untuk cium tokwan buat kali terakhirnya... wangi dan harum... seolah-olah beliau sudah pun bahagia... dari situ aku yakin insyaallah Allah akan melindungi tokwan dari sebarang azab kubur dan akhirat...
tokwan selamat dikebumikan kira-kira jam 11 malam itu... bacaan talkin untuk tokwan amat menusuk kalbu ku... melihat keadaan tokwan yang akan menghadapi alam barzakh berseorangan, membuatkan aku risau tentang nasib diriku pula... namun begitu, aku yakin insyaallah tokwan pasti dapat melaluinya dengan baik dan mudah...
"Segala Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati"